Reka Cabins

Pakar Dalam Pemasangan & Pembekal Prefab Cabin di Seluruh Malaysia.

Pakar Dalam Pemasangan & Pembekal Prefab Cabin di Seluruh Malaysia.
Anda Perlu Baca Ini Hingga Habis!
Kami akan kongsikan solusi terbaik pilihan prefab kabin moden, praktikal, selamat, selesa, dan mampu dimiliki untuk anda yang mencari alternatif kediaman masa kini.
Pakar Rumah Kabin
Saya Yasrie, bekerja dalam bidang Kejuruteraan Awam dengan pengalaman sejak tahun 2010. Melihat masalah pembinaan konvensional yang sering melibatkan kos tinggi dan kelewatan, saya tergerak untuk mencari penyelesaian. Saya menemui konsep Prefab Cabin yang lebih murah, cepat dipasang, dan tahan lama, serta boleh disesuaikan mengikut keperluan pelanggan.
Kini melalui Reka Cabins, saya membantu individu dan perniagaan mendapatkan ruang yang berkualiti dengan bajet berpatutan. Kabin ini bukan sekadar ruang, tetapi penyelesaian praktikal bagi mereka yang memerlukan, tanpa mengorbankan kualiti dan keselesaan.

Prefab cabin ialah pilihan kediaman moden yang menjimatkan kos, cepat dibina, dan tahan lasak. Struktur boleh dikitar semula dengan jangka hayat melebihi 40 tahun serta pembinaannya mesra alam tanpa sisa. Direka menahan gempa bumi dan ribut ekstrem, ia menawarkan solusi kediaman praktikal dan selamat untuk gaya hidup masa kini.

Mengedar dan membekalkan Prefab Cabin atau jenis-jenis kontena yang diperlukan.
Mereka bentuk mengikut keperluan pelanggan.
Team yang pakar dalam pemasangan akan membuat pemasangan.
Proses penyelengaraan seperti bahagian elektrikal dan lain-lain dibuat untuk setiap pemasangan.
















Prefab Cabin menawarkan pendekatan inovatif dalam dunia pembinaan moden menggabungkan kecekapan, ketahanan, dan penjimatan kos dalam satu struktur. Direka dengan teknologi bahan terkini, setiap unit memastikan keselamatan, keselesaan, dan ketahanan optimum untuk pelbagai keperluan persekitaran serta industri.
Prefab cabin dengan lantai Cement Board dan dinding EPS Sandwich Wall Panel menawarkan kelebihan kalis api, air, bunyi dan sesuai untuk semua cuaca.
Prefab Cabin dengan hot dip galvanized steel, lantai Cement Board, dan dinding EPS Sandwich Wall Panel tahan karat, anti anai-anai, tahan lama dan sesuai pelbagai persekitaran.
Mempunyai Lapisan Fiber EPS - Expanded Polystyrene Sandwich Wall Panel pada Dinding Panel Dan Kekal kan Suhu Dalam Bilik - Suhu Biasa. Expanded Polystyrene (EPS) dikenali kerana penebatnya yang sangat baik.
Pembinaan dengan prefab cabin lebih murah berbanding kaedah pembinaan tradisional. Anda boleh menjimatkan kos bahan, buruh, dan masa pembinaan.

Semestinya bahan-bahan yang digunakan adalah yang terbaik. Gabungan bahan berkualiti tinggi seperti aluminium, keluli tergalvani, dan Cement Board menjadikan prefab cabin tahan lama dan berprestasi tinggi!




Konsep dan rekabentuk yang fleksibel ini direka untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai gaya dan keperluan.

Menawarkan ruang selesa yang lengkap dengan susun atur efisien, menjadikan kehidupan harian lebih teratur dan tenang.

Prefab cabin memberi imej profesional dan praktikal, sesuai dijadikan pejabat, butik, kafe kecil atau ruang kerja kreatif.

Reka bentuk kabin ini menonjolkan keunikan dan keselesaan yang mampu menarik perhatian pengunjung.
Setiap reka bentuk kabin kami dihasilkan dengan konsep moden dan praktikal, menekankan keseimbangan antara gaya dan fungsi. Setiap ruang dalaman direka agar tampak luas, kemas, dan selesa, dengan sentuhan dekorasi yang menonjolkan elemen kontemporari serta suasana tenang. Kami memastikan setiap perincian dari pemilihan warna, pencahayaan hingga susun atur disusun rapi bagi mencipta pengalaman ruang yang elegan dan harmoni.





Pelanggan kami berpuas hati dengan kualiti, ketahanan, dan kecekapan Prefab Cabin. Mereka mengakui ia sebagai pilihan pembinaan moden yang cepat, selamat, dan berbaloi.
Dapatkan Best Buy Cabin. Pilihan ideal untuk ruang yang praktikal, tahan lama, dan kos efektif! Dengan reka bentuk yang fleksibel dan pemasangan pantas, prefab cabin kami adalah penyelesaian sempurna untuk keperluan ruang anda.



Dapatkan jawapan kepada soalan yang sering ditanya tentang prefab cabin kami. Kami sediakan maklumat lengkap supaya anda faham dengan jelas sebelum membuat keputusan.
Berat keseluruhan untuk unit prefab cabin bersaiz 10ft x 20ft yang lengkap dipasang ialah lebih kurang 1.5 tan. Berat ni dah termasuk semua kelengkapan seperti wiring, lantai vinyl, tingkap, pintu steel, dan lain-lain.
Kabin ni sesuai diletakkan di atas platform lantai konkrit, beam, atau menggunakan tungku yang disediakan. Kami juga bagi tungku PERCUMA sehingga ketinggian 6 inci, jadi tak perlu risau tentang kestabilan dan kekuatan untuk tampung berat kabin!
Ya, kami menawarkan pilihan reka bentuk custom-made. Anda boleh menyesuaikan saiz, susun atur, dan warna mengikut keperluan dan citarasa anda.
Prefab cabin kami dibina menggunakan bahan tahan lasak seperti keluli tahan karat dan sandwich panel yang kalis cuaca dan tahan lama walaupun dalam keadaan panas, hujan lebat, atau kelembapan tinggi.
Prefab cabin kami serbaguna! Ia sesuai digunakan sebagai:
• Homestay atau bilik sewa.
• Pejabat kecil atau ruang kerja.
• Studio seni atau ruang kreatif.
• Kiosk perniagaan atau gerai.
• Bilik tambahan di rumah.
Ya, kami menyediakan servis penghantaran dan pemasangan lengkap, jadi anda tidak perlu risau tentang sebarang tambahan.
Ya, prefab cabin kami dilengkapi dengan penebat haba dan bunyi, memastikan ruang kekal sejuk, selesa, dan tenang walaupun dalam cuaca panas.
Prefab cabin kami direka menggunakan bahan berkualiti tinggi dan mempunyai jangka hayat melebihi 10 tahun. Ketahanannya bergantung kepada fungsi, cara penggunaan dan tahap penyelenggaraan. Dengan penjagaan yang baik serta penambahan seperti bumbung kedua, kabin boleh bertahan lebih lama dan memberikan perlindungan tambahan daripada cuaca.
Kami menyediakan khidmat penuh dari konsultasi, reka bentuk, penghantaran, hingga pemasangan. Anda hanya perlu pilih reka bentuk, dan kami akan uruskan segalanya untuk anda!
Kami menawarkan jaminan produk untuk memastikan kualiti dan ketahanan prefab cabin anda. Pasukan kami juga sedia membantu jika ada sebarang keperluan selepas jualan.
Prefab cabin kami dibina menggunakan rangka keluli tahan karat untuk kekuatan, dan sandwich panel sebagai dinding, yang memberikan penebat haba dan bunyi yang sangat baik.
Ya, semua bahan binaan kami direka untuk tahan lama, termasuk menghadapi cuaca ekstrem seperti hujan lebat, panas terik, dan kelembapan tinggi.
Sandwich panel kami menawarkan:
• Penebat haba dan bunyi yang unggul, menjadikan ruang lebih selesa.
• Tahan lama, ringan, dan mudah dipasang.
• Ketahanan tinggi terhadap cuaca dan kelembapan.
Ukuran standard bagi 1 unit Prefab Cabin ialah 5950mm (Panjang) x 3000mm (Lebar) x 2800mm (Tinggi) atau bersamaan lebih kurang 5.95m x 3.0m x 2.8m.
Menu
Disclaimer – “Facebook™️ or FB is a Registered Trademark of Facebook.com. The site rekacabins.com is not affiliated with Facebook.com in any way, nor does they sponsor or approve any of products. All trademarks mentioned here are copyrighted by their respective owners” “Privacy Policy – Term & Conditions”
© 2025 Copyright by rekacabins.com